Tuesday, 30 October 2012

AKSI...DEN (accident)

Tanggal 12 Ogos 2012, bersamaan 24 Ramadhan, di pagi yang hening sebelum subuh, ...

....seperti biasa, saya memulakan rutin hari bekerja Ahad yg biasa, memandu seawal jam 5.30 pagi, sedianya selepas bersahur, memegang stereng kereta SAGA BML kesayangan dari rumah ke sekolah, yang memakan masa dua jam perjalanan pada waktu seawal itu, ramai manusia masih lagi nyenyak tido (jeles seh!)

Ketika itu hujan turun dengan amat lebat, suasana pun gelap gelita....seolah-olah seperti lebih gelap dari biasa. Sebelum menaiki kereta, saya melihat suasana sekeliling, tiba2 timbul rasa tidak sedap hati. Bukannya tidak pernah memandu dalam keadaan hujan lebat sebelum ini...tapi kenapa ada rasa sesuatu dalam hati...namun, saya biarkan saja, mungkin keberatan mau tinggalkan rumah yang amat selesa.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu - Rantau Panjang (20 minit pada pagi2 biasa) , saya memandu 50-70km sejam, kerana keadaan amat gelap dan hujan sangat lebat. Nasib baik ada lori barang di hadapan semasa melalui jalan2 tersebut, jadi, ia amat membantu saya memandu dengan keadaan tersebut...namun, hati saya masih lagi tidak keruan, ntah apa yang tidak kena...

Saya tiba agak lewat di Jeli (kebiasaanya mengambil tempoh sejam), lari dari jadual hari2 biasa, lebih kurang lewat 30 minit, jaml 6.50 pagi baru saya tiba di Jeli...sebab saya memandu dengan perlahan pagi tu....dan hujan telah berhenti setibanya saya di sini...

...being honest, i am well-known by people around me as a female driver who loves (plus lil bit crazy of)  speeding. I once used to drive my Kelabu (Saga BML) almost 180kmperhour on a highway. On common day, my homesweet home --> school --> homesweethome journey, driving 120kmperhour is a must for me. My fastest record reaching Kota Bharu - Dabong is within 1 hour and 35 minutes (not a joke dude, i love speeding but i speed with skill, not merely pressing the fuel pedal just like thee typical stupid girl). It is easy HOW to determine a skillful driver, is the driver capable to deal with space? Please have a look whether he/she can drive through a small space or not, plus whether he/she is able to reverse and park car without hesitant or vice versa.Thank to my big sifus, ABAH and PAK UDA, they teach me a lot about driving as well as speeding  in proper way. Believing or not, my father once taught me how to speed using auto gear on the road.Daddy's girl they say me!owh3, what a brag, i love being daddy's girl.ngeeeeee

...sesampai di laluan jalan utama depan UMK (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN), saya masih lagi memandu dengan berhemahnya, banyak kenderaan di atas jalan raya pagi tu, berderet-deret, tengok jam saya kompem akan lewat sampai di sekolah, tapi saya ingatkan diri sendiri agar tidak tergopoh gapah memandu pagi nie, kerana berasa ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. sixth sense YG diabaikan.

Ada kemalangan depan UMK rupanya, traffic bergerak perlahan, sama la saya...tiba2, kereta2 di hadapan menjadi kelam kabut, ada yang mengelak ke kiri ke kanan secara mendadak, kereta di hadapan saya break emergency...sy tekan brek sekuat mungkin, dengan jarak yg x dekat dan x jauh, sy juga cuba mengelak kereta di hadapan dengan memulas stereng kereta ke kiri...dalam masa 3 saat terakhir, kereta saya  melanggar kereta hadapan gak. Ya Allah, inilah kemalangan pertama yang saya alami sepanjang 8 tahun memegang lesen kereta...amat x keruan, kalut, kecewa, semua ada.

Ekceli.....perut agak sakit time tu,hohoho.... turun2 kete tgok bahagian depan....okeh!kemek suda.....so, try stat enjin balek, alhamdulillah, bleh jalan......then, mintak number kakak driver kete yg sy langgar, miskall her, asking her to see me at the nearest fuel station....to do something more important.tehehe



Masa berhenti di stesen minyak, saya termenung kat luar kereta, ambik gambar n then pikey macam mane nk settle masalah nie...........minggu depan raya weh!!!!!!!!!!!!!!! x sampai lima minit, sebuah kete Honda Jazz tiba, upe2nye rakan sekerja saya.dia lagi lewat.hikhik.so, saya tumpang dia pegi skolah.....call mak n adik about my condition.....leaving my BML SAGA kelabu yg terchenta lg kemek di stesen minyak. kalut la gak duk contact2 ngan kakak driver, orang insurans, mak, adik, abah......balek skolah, tumpang cegu tu plak, amik kete, bawak balek umah dengan kelajuan plg tinggi, 80km sejam, sambil diikuti oleh Honda Jazz, makaseh cekgu kerana sudi tolong. Sampai KB, terus pegi Balai Polis, wat report yg mana settle kul 8.00 malam, dah x pikey sangat nk berbukak ngan ape. Nasib............

BUT I HAVE MORE INTERESTING STORY TO SHARE =] 
KERANA
DALAM MUSIBAH, ADA RAHMATNYA

Monday, 23 July 2012

Kereta Idaman

1.BMW X6

Kompem x trbeli, hehe...s0, cuci mata je la

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkWSGp209724O2kt0nVNa-y9w15-ytDQcaqM1M3IFRXk8Xsg-ysJmCbZiiTrVuSz0msZU0Cyh9IYPPB5y-H_TS1pexWEY8BO2TZBoA4292CSdz39DH8n0_HzUYXS2nfEPSf9_ETADOAXV9/s1600/E71M_full.jpg

 

2. Lexus RX : 

 SUV mewah, maintainence per month is almost RM6000.00 ++

 

 


http://fastdrivecars.com/wp-content/uploads/2008_lexus_rx_350-pic-19895-4f28a5779ece6.png

 

 

3. Ford Fiesta

 Price starting from RM 70, 000.00 ++, warna oren dia amat menyerlah, matching giler kaler ngan design Fiesta, for sure, warna2 pilihan lain utk Fiesta lawa2 gak, but I prefer this orange.

 

 



4. Toyota Prius C

Hybrid car, Latest price : RM97,000.00 ++
Yang nie latest design of Prius (Disember 2011), design lame Prius ala2 macam Honda Insight, but i think the newest one is better, cakap2 ngan pengedar Toyota time satu exhibition, kena tunggu 8 bulan lepas order baru dapat..laku seh! hoho.


prius c

Friday, 20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki Bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut :

-Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
-Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
-Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasullullah pun mengaminkan sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa itu malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Monday, 16 July 2012

Printing Guna Sayur

Saya seorang guru yang mane.........., bleh tahan la jugak kerap xde kat sekolah...sederet lima hari xde kt skolah atas urusan koku,taklimat,kursus, camping blablablabla adalah benda biasa.huhu..s0, one of my classes, selaku guru kelas, sy juga ngajar English & Pend.Seni...slalu amik masa Pend.Seni ganti untuk English, sebab nak cover apa yg patut.

After school holidays in June, i promised my students that we would do something for Art Lesson. x penah buhsan ngaja English, tp sy juga suka seni...sy fokus on aktiviti terus rather than n0tes&lecture

Cian bila dengar pengakuan most of the students taht they never did these kinds of activities during primary school. no komen.

First Art Activity :

Teknik Cetakan
(vegetable printing)

Bahan Wajib: Pastel Color dan cop "asli" menggunakan batang/daun pisang/keladi/betik/buah petola & span

3 Hasil Karya Terpilih :

cetakan batang daun pisang, hasil 5minit terakhir pelajar nie, nice neway!

Sunday, 8 July 2012

Pengalaman Pahit guna Kulit Kayu Manis

Kayu manis aka cinnam0n punye banyak kegunaan, slain wat msk2, leh gak tempek kat kulit, terutama area yg berparut...byk petua on9 pasal nak hilangkn parut jerawat guna kayu manis...makaseh encik google.


o0o manisnya kayu ini









Well, nak dijadikan cerita, i pun cubelah nak hilangkn parut jerawat kat muka pakai kayu manis, sbelum nie, just dengar2 je orang ni gune kayu manis, orang tu guna kayu manis, berkesan la katakn. s0, kita pun semangat la nak try gak. I pegi la supermarket beli 1peket serbuk kayu manis.

Bubuh serbuk kayu manis tu dlm 1bekas, and then letak air...pastu letak kat muke...memang muka rase panas la gak...tapi x terjejas p0m...i pakai wat mcm bedak sejuk...malam tempek, pagi esok baru basuh lepas bangun tidur. Hari pertama pakai kayu manis kat muka, xde efek ape2 lg kat muke, begitu gak hari ke-2, dan ke-3....nak diceritakan pada hari ke-4........................................jeng3

Tuesday, 26 June 2012

Recipe + Art = Mouth-Watering Dishes!

If you are interested in looking for simple but tasteful recipes, do come visit this blog.


Besides, you can enjoy the ART of cooking : the look, and the taste itself

A lil sneak peek here, enjoice !!

SOUP
.......................................

Tuesday, 13 March 2012

Bunga Rampai

Salam...lame giler x update blog...seems dat i only can update my blog when the skul holidays are coming...

I love my job as a tice who can educate n nurture the youngsters, but on the other hand, sometimes, i can feel dat, part of my heart, i want to get rid of my co*******, not all, but a few of them, sabow je lew. Neway, just ignore the eyesore of mine, i still can have the enjoyment of being a tice regardless the snag, whenever i feel down, mrDJ and besties are willing to lend me their shoulders, listening to my amukan - amukan dalam telefon semata2. lepas tu i will ok, sy suda tidak mahu memendam perasaan lg, perasaan itu amat teruk, sy x mau kembali kepada sy yg dulu, asyik memendam rasa smp muka sy masham2, as masham as buah kelubi...maka sy perlu luahkan kepada sesiapa dgn bercerita drama air mata sy, ngehehe...skang muka sy x masham lg, serius je, wohohohoho....yg plg penting, i can always smile now, since i have somebody that i can trust the most and share my darkest side without fear or ashamed, LOL - lots of love

Well, i want to highlight benda yg sy rase menarik - stakat kena design sijil, n cari maklumat plajar n print sijil sensorang sampai beratus2 keping tu xde la menarik, n etc2 (eh, tak cunlah!)

BUNGA RAMPAI!!!

Tuesday, 24 January 2012

Reason To Learn English - Via Video


We have heard so many times the importance of learning English.
But, how to tell the others in more fun way instead of "babbling" again and again??

............hmmm..............

Try to use these as well, but do take your own risk mia, miahahahaha
Just for fun dude!


.................................................................




So far, my students' preferable dialogue in English is
"My name is Tumulak, and I came from Thailand."

Thanks to Tumulak.

M0nkey Biz


I pernah p0st gmbr ni dulu dalam Cutey Pic

I surfed the Internet enjoice gmbr2 kelakar yg bersepah and then, I found this :


Wawawawahaaaaa...that's the real story behind all these funny pics!!

Wish my cat could take picture of itself too, ehe

Sunday, 22 January 2012

Sebelum Semuanya Berakhir




Bila difikirkan balik, memang banyak betulnya. Zaman remaja adalah kehidupan di mana kita amat bertenaga dan punya banyak masa untuk diri sendiri. Pada saat inilah kita sudah mula belajar untuk mencorakkan kehidupan sendiri, zaman yang penuh gelak ketawa dan pancaroba. Sebagai seorang remaja, kehendak untuk menikmati dan merasai keseronokan kadang kala melebihi segala-galanya. Di saat kita melihat orang lain punya kehidupan yang amat menyeronokkan dan punya itu ini, kita juga mahu kelebihan yang sama. We want to be cool, femes and idolized. As a teenager, we do commit mistakes, just admit it.Tapi, itu x bermakna kita tidak boleh berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan. That's better guys! Siapa kamu untuk menilai kehidupan orang lain di masa lepas, sedangkan kamu sendiri terus hanyut dalam bayangan kegemilangan hidup kamu yg orang lain sudah tidak amik peduli lagi. Loser!!!!!!!!!!!!!

Hidup pandang ke hadapan, bukan ke belakang.

But.........I just wonder, do today's teenagers and children have good time for themselves??
Is it all about facing public exams for getting better result for better job for better future ???
Do they have feveret cartoon and superhero, and outdoor games instead of computer games and facebook?? Well, I have mine, a lot!! Power rangers, tomatoman, disney, usop sontorian, polis sentri, bola tin, kapal terbang, lompat getah, blablablablablablablablablabla and blablablablablablablablabla yg byk sy suda x ingat lg, uhu

Nexttttttttttt!!!!

Zaman dewasa, kita punya tenaga dan wang, namun x punya masa. Trust me, zaman bekerja bukanlah zaman yang menyeronokkan. Memanglah ada di antara kita yang punya pekerjaan yang terbina dari minat sendiri, x dapat saya nafikan. Kalo ikutkan, saya sendiri dulu pun punya minat yang mana saya mahu zahirkan melalui pekerjaan idaman, Arkitek Landskap. Tapi, itu hanya tinggal kenangan bila saya ditakdirkan menjadi seorang pendidik. 

Trust me, menjadi seorang pendidik amat menyeronokkan sebenarnya. Jika dulu saya x pernah ada keyakinan untuk menjadi seorang pendidik yang baik, kini saya sudah membina keyakinan tersebut dengan baik sekali. Namun, apabila sudah semakin lama menjadi warga pekerja, dunia bekerja bukanlah seindah yang disangkakan. Trust me, you have to sacrifice all your promising belief just to satisfy a group of " terror people" that sooner or later you will have to brave them. Only courage and pray then you will succeed to get rid of them or otherwise, you will end becoming just like them.............dijauhkanlah, amin....Trust me, kamu memerlukan lebih daripada sekadar minat untuk meneruskan pekerjaan, iaitu keikhlasan ketika melakukan bekerja, a.ka. bekerja adalah satu ibadah, bukan sekadar sumber rezeki duniawi semata-mata. Jika tidak, kamu akan terus hidup dengan perasaan x puas hati dan marah2, yang boleh menyebabkan kamu lagi nampak tua dan cepat tua, hehehe.....keje pun keje gak, tapi ambiklah masa untuk memanjakan diri seketika, keje ponek2 kalo x blanje utk diri sendirik pun amat fail juge.

Menjadi tua, punya duit dan masa...oo0pss, hanya, jika sejak dari muda lagi kamu bijak menabung dan menguruskan kewangan sendiri. Jika tidak merancang untuk menguruskan kewangan secara bijaksana sejak dari awal, kamu akan berakhir menjadi seorang tua yang miskin dan terpaksa terus menggunakan masa untuk terus bekerja. So, better menabung sekarang daripada joli x tentu pasal hanya untuk nampak hebat di mata orang lain, amat fail, huh!!! Fasa ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk beribadat, berehat dan berada di samping orang yang tersayang.

Oh well, semua di atas melibatkan turutan fasa hidup seorang manusia biasa....namun, tidak semua akan sempat melalui kesemua fasa tersebut....dari saat kita dilahirkan, adakah kita berpeluang untuk menikmati fasa sebagai seorang remaja, atau sehingga fasa seorang dewasa atau sehingga fasa kehidupan sebagai seorang tua.

Jadi, hargailah apa yang kita ada, bukannya mengenang apa yang kita kurang.


As a Muslim, I remind you guys with this as the complimentary advice to be rethought:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

Salam.

Saturday, 21 January 2012

Cuci Mata

Sedang saya amat stress dalam dunia bekerja...

Saya ambil keputusan utk brjalan2 dalam dunia maya....my eyes got bling2

Suddenly, dis guy catches my eyes...his eyes........... such quite eyes....I am melting !!!



Who is he?
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
His name is  
Dudley O'Shaughnessy,
Hackney-born Irish-Caribbean
UK Boxer / Model

in Rihanna's music video : We Found Love








Sekarang, saya suda kurang stress bcoz mata saya sudah sy cuci dengan jayanye, yesssszaaaaasss!!


SOooo OK, leh sambung keje balik.hihi

Saturday, 31 December 2011

Friday, 30 December 2011

Kembali ke Tempat Bermain Zaman Keriangan

Musim Tengkujuh masih lg belum reda, memang dalam berita pun duk habaq pantai kat Qlatey teruk kena hakis. My mummy ajak pegi jenjalan ke Bachok, nak tengok keadaan sebenar mcm mane. Ntah ye, tibe2 singgah kat kampung di mana saya membesar zaman kanak2 dulu, ada la tujuh tahun menetap di sane. Kampung ni di tepi pantai, sebelah ngan Pantai Irama. Singgah la plak time musim tengkujuh, lagilah banyak nostalgia.

Drive kete masuk dalam kampung, jalan masih macam dulu, x berturap, harapkan jalan batu kerikil yg memang berlopak and becak di sane sini time musim hujan. kitaorang singgah rumah jiran yang amat baek ngan mummy, walaupun hidup kasi pagi makan pagi, sedia menolong family kitaorang time ada masalah. Tapi skang, asewnye family makcik ni dah bertambah baek kot, sume anak2 dia dah besar. Rupa-rupanya dia xde di rumah, ke daerah lain dengan suami. Siape ye jejaka muda yang duduk di rumah itoo???Kuang3

Ada nama budak ni, yg saya ingat kawan2 panggil dia MatMie, feveret dia time kecik2, berbogel keliling kampung sambil gelek basikal (sebelum masuk darjah satu)...dia penah amik pinjam basikal kitaorang gak wat keliling kampung (tp pulangkan balek)...dia ialah "kekasih gelap" yang digosipkan dengan adik perempuan saya...cukup la sebut name mamat ni, memang my sis akan nangis guling2, xnak "dijodohkan" dengan MatMie...wahaha...skang MatMie dah besar panjang (suda x berbogel lagi), dia la yang ada kat umah tu tadi.

Saya terjumpa kaki buli zaman kanak2, saya dan adik lelaki saya la yg teruk kena buli ngan dua orang ni,  mereka ialah pasangan adik-beradik lelaki...memang kaki buli x hengat la...ape yang memburukkan keadaan, mak dia ikut cakap anak2, x pernah percaya kat orang kampung yang anak dia nakal amat...tu cerita lama...yang saya terserempak hanyalah si adik, duk mesin rumput kat tepi jalan, saya hanya melihat dia dari dalam kereta, parut di muka dia saya masih ingat...abangnye x ade...dengar cerita he becomes worse and worse...tp, manusia boleh berubah...suddenly, i remember their beautiful lil sister, where is she now?? saya harap dia baik2 sahaja.

Sebelum drive keluar dari kampung, tibe2 ternampak seorang kakak yang amat familiar mukanye, sedang berborak di tangga sebuah rumah. Is she my......?? Mummy suruh saya hentikan kereta kat depan rumah tu...saya pun keluar gak...saya rasa saya kenal kakak tu. Mummy bagi salam, dia terpinga2 tengok kitaorang dua beranak, kami senyum je. Mummy kenalkan nama, saya pun...dia masih x ingat. Mummy pun bukak cerita "Ani pernah mengasuh anak2 KakRos dulu". Ya, kakak tu ialah pengasuh kami adik-beradik, masa tu dia amat muda. Kami amat rapat dengan dia. Tapi, dia dah x brape ingat pasal family saya. Kenapa??? Kemudian, Kak Ani pun berkata sesuatu, "Owh, betul la, saya penah jadik pengasuh jap, keluarga penah beritahu." "Maaf la, Kak Ani x brape nak ingat, Kak Ani penah xcident." Patut la, Kak Ani yang saya kenal dulu amat gile2, becok dan hepi-g0-lucky...dia suka layan karenah kitaorang adik-beradik yang macam2 perangai ni. Saya pun penah ikut Kak Ani pegi dating kat Pantai Irama, ktorang pegi sane jalan kaki ikut pantai, balek naik bas...huhu...Skang, Kak Ani nampak lain, dia biasa2 aje, x kecoh macam dulu tapi masih peramah. Saya dapat lihat, dari tudung yang dia pakai, sebahagian tempurung kepalanya tiada, kesan xcident barangkali. Kasihan Kak Ani, saya harap dia bertambah pulih. Nanti ada masa, ktorang akan melawat dia lagi.

Saya lalu kat sebuah rumah, kat rumah ni ade seorang nenek yang amat kedekut dan suke membebel lagi mencarut...hatta lalu depan rumah dia pun dia x bagi, my frenz and i pernah troll nenek ni secara x sengaja, ktorang main kejar2 sampai masuk kawasan jajahan rumah dia, alih2 kami kena kejar ngan penyapu and kena sembur ngan air ngan nenek tu...juz for fun, bile ingat balik, baik ke aa wat gitu??? Skang nenek tu dah xde, al-fatihah...

Ada satu pokok, kat pokok ni, ktorang men buaian ikut giliran,  dah makin mereput nampaknye...kat pokok ni lah, sambil men buaian, ktorang petik makan buah dia time musim berbuah...kat sini jugelah kami men guli (I was good at this), kat bawah pokok ni jugalah kami rehat2 lepas abis men polis sentri, and mcm2 permainan lagi lah, yang saya sendiri sudah x brape ingat nak sebut. Buat free show menyanyi dangdut pun penah, of coz la ktorang cari port yang aman damai, xde orang nak kacau (girl only), time tu dangdut dan CT NurHaliza amat femes, wawawa....x malu, hehe...well, ade member saya, name dia Kiah, amat comel, dia amat pandai gelek dangdut, dia paling pro antara semua, di mana ya semua??

Berjalan-jalan ke pantai  beramai2 itu satu kemestian. Musim tengkujuh pun ktorang pegi gak, ombak besar kami x takut, bukan nak mandi pun. Dulu, kat pantai ni lah, kami penah tengok orang wat drama tv, tgok set penggambaran secara live, tgok pelakon duk practise dialog, tp kitaorang xde lak kemahuan nak kacau, tgok dari jauh dengan kagumnye. Kat pantai jugelah, kami penah terjumpa penyu mati/mendarat, kami tengok  penyu tu dengan peliknye tapi kagum, penyu okey, bukan kura2, kura2 amat senang ditemui di sungai kampung tu. Penah ada kapal besar (bukan kapal tgkp ikan, kapal ape x ingat) ter-labuh kat pesisir pantai, ntah macam mane tersadai kat tepi pantai, dekat 2hari gak x silap, x pasal2 operasi menunda kapal tu ke laut dijalankan, siap pasang lagu patriotik lagi, cubaan pertama gagal, ntah brape kali percubaan baru berjaya, kami si budak2 kampung melihat dengan kagumnye. Kitaorang x sebut OMG je, kalo dah tau ayat tu, mesti slalu sebut, kiki

Kampung ni tiada ape2 pun...tp, ape yang saya paling ingat adalah kenangan membesar, bermain bersama-sama rakan sekampung...they taught me how to have fun, no fear, and be independent. It tremendously affects my life until nowadays. Terlalu banyak pengalaman manis, x semua dapat diceritakan, pahit pun ade, tp, ade aku kesah??hehe...0oo, sweetchild-hood of mine
By the way, kami singgah gak kat Pantai Irama, ni gambar yang saya sempat tangkap, cekidap2 :

Kuda ku lari gagah berani.....wohhoop

Merah putih pun orang lalu gak, x kesah

Ramai seperti hari2 biasa

Operasi mencari remis, banyak seh!!!rugi x bwk bekas

Well, kamu bleh nilai sendirik keadaannye, for sure, pejalan kaki dah xde, runtuh hanyut dek ombak. Hmm, siapa sangka suatu hari nanti Pantai Irama akan terkena macam PCB gak.

Tuesday, 27 December 2011

Cikgu ohh Cikgu, Bukan Sekadar Mengajar

 Ntah minah mane yg p0st mende cenggini???


Sape kate keje cegu rilek?? Memang la tugas hakiki cegu mengajar...tp, nak x nak, kena buat lg keje selain dari mengajar. Kalo cakap kitaorang mengajar je, kamu salah...amat salah. Nak mengajar pun, kena prepare bahan dulu tau, nak prepare tu, kena wat byk rujukan dulu. Lepas ngajar, kena wat refleksi lak, berkesan ke x. Itu kalo bab mengajar je la. Tue blom lg part nek gilo ngan bebudak, time to time, kena asah skill psycho sebelum kena psycho ngan bebudak. Budak2 ialah sekumpulan manusia kecil yang suka buat sekumpulan manusia besar naik angin. Bila selalu nek angin, risiko penyakit serius seperti sakit jantung, darah tinggi, gila babi dan lain-lain yg sy xnak sebut, akan senang dihidapi oleh manusia yg selalu nek angin. 0h my!

Ini adalah senarai tugas x brape nak rasmi yg sy sendiri perlu dilakukan, klik nak tengok lg besar :


.
Benda2 ni x termasuk lg program2 anjuran skolah, PPD dan JPN, x termasuk lg kem2/jambori2/kursus2 len.
Sape2 yg nak jdik cegu, sila pikey banyak kali k. Kalo x kuat semangat, xpayah...kalo x multi-talented, xpayah. Kemungkinan kamu akan berakhir jadik macam Cegu dalam citer P.Ramlee, Cegu Tido, hari2 cegu tido.

So, stop jeles kt ktorang kate ktorang keje rilek, banyak cuti la. OK, memang banyak cuti, tapi masih ade keje berkaitan skolah kena pikirkan, sumenye tentang persedian. Time cuti skolah la ade cegu kena bwk rombongan murid, kena jage exam, kena marking paper, kena prepare kertas keje and so on. Cegu memang kompem keje (walaupun trdedah dgn risiko posting lambat), itu adalah pilihan & kelebihan menjadik seorang guru. Kitaorang memilih utk bekerja sebagai guru bukan utk menganggur. So what?? Sape nak menganggur??? Sila angkat kaki dow! 

By the way isu mahasiswa ismp tuntut hak posting amat menyedihkan saya. Ini Tidak Adil !!!!

This is my part, i duno about others (tutup mata). Peace (no offense at all). Taknak hargai pun, stop kutuking k. Memuliakan cegu itu amat besar pahalanye, dapat berkat hidup lagi. To my students, dont be noti, nanti saya bukak silat cekak pinggang saya. Awas!

Monday, 26 December 2011

Xcess Bookstore, Murah Giler Buku



Lokasi : ArmCorp Mall, Petaling Jaya

................................................................................................................................
If you are looking for cheap books for richer mind, do come here. Mcm2 kategori ade; arkitek, masak2, art, history, craft (my feveret), story book and so on. You can get them for lower price (giler2 murah).

I am white, i love reading. I am punk, i love reading too

Kedai buku ni xde la besar sangat, tapi amat berbaloi kalo sape2 yg suka baca macam2 jenis buku. Tapi, diberitahu/diingatkan bahawa sume buku dalam Bahasa Inggeris (tu la xnak amik Inglish Edukesen, wahaha, wekkss!)
Banyak pilihan untuk buku cerita kanak2, buku kanak2 x semestinya sekadar cerita sahaja, ada aktiviti gak tau. Kompem if I got children, I would bring them here, owh3, sukenye berangan.

Buku yg berkotak2, berbukit2
................................................................................................................................

Ada buku2 yg beharga kurang daripada RM 10.00 (less than 10ringgit) dan buku2 dari bahagian "bargain corner".

Tatapi, ade gak buku2 with "normal price", most of the books are novels which are written by famous writers.


X caye tentang harganye??? I show u mine :

Tengok2

You can visit their website, cekidap2 www.bookxcess.com

By the way, lepas masuk kedai buku ni, sy mula jenjalan mengabihkan masa, and then aksidenli saya terjumpa satu kedai kecil kat area Food Court, dalam kedai ni, banyak majalah antarabangsa (of coz in English) yg dijual lagi murah berbanding harga pasaran, tapi agak "backdated" la, I am not sure whether they sell latest magazine with cheaper price too, duno.

Lepas shopping buku, kita minum dulu !!!

I 'heart" Starbuck, but excluding this 0ne

 Err...... no comment =|

Sunday, 25 December 2011

When We Were In Need ~ Rawang

School holiday almost c0mes to the end..Merry Christmas for those who celebrates it.enjoy!!!!!

Well, citer yg saya nk gtau ni berlaku slepas r0mbongan menghantar my lil bro ke Politeknik Ungku 0mar di Ipoh. Lepas antar mamat it0o, rombongan menghantar 2org lil sis yg study kat UPM Serdang lak, tapi antar diaorang kat Stesen KTMB Rawang je la, lepas tu diaorang pandai2 balik sendirik ke sane. Ahli rombongan yang masih ada berkampung di Rawang malam tu, kat sane ade umah kezen saya, the couple baru je pindah sane dalam 3bulan lebih. My family always staying at their house when arriving KL. Planning nak balek Qlatey keesokkan paginye.

Pagi tu, kitaorang bertolak agak lewat la, 10 minit nak pukul 11pg, padahal enjin krete dah dipanaskan dekat 30minit gak, sebabnye ahli rombongan termasuk Pak Uda tunggu citer Astro Boy abis, termasuklah saya, keh2... of c0z mummy saya nak gerak on time. tapi majoriti "memberontak" tengok citer HBO Movie tu sampai habis.kehkeh

Dari peta kat bawah ni, dalam masa 45 minit, perjalanan kami bermula dari Antara Gapi > Batang Kali/ Ulu Yam > Genting Higlands > Genting Sepah/ Highway Karak, dan seterusnya...



Time nak gerak tu, cam biase, salam2, say bye2 to Kak N (the wife). Kami mulakan perjalanan tanpa apa2 feeling, rasa selamat and so on. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan yg baru, udara yg nyaman, jumpa kampung orang asli (Kampung Songkok), gerai buah durian (dan juge petai), monyet2 liar (banyak group o0) sebelum sampai ke Genting Higlands. Memang excited tengok monyet2 duk lepak tepi jalan, cutenyeee diaekor...!!! mummy pun ade niat nk singgah beli durian nanti.

Sampainye kat satu kawasan, betul2 depan Pondok Polis Genting Higlands, kami nampak ada la sekor anak monyet yg sangat cute duk bertenggek kat tepi jalan. Ape lg, yg muda2 dalam kereta mintak Pak Uda berhentikan kereta nak bagi makan kt anak monyet tu. Tibe2 kereta berhenti...Pak Uda berhentikan keretakah??? Betul ke kitaorang dapat peluang nak beri makan monyet tu skang?? di depan pondok polis?? di tengah2 jalan?? Bolehkah kitaorang kluar kete nak bagi monyet tu makan?? skang?? bolehkah??

Cuci2 mata

Pak Uda cuba hidupkan kete lg skali, saspen dah hilang...masuk cubaan kali ke3, kompem kete dah x hidup, x dapat nak dihidupkan. So, memang xde mende lah leh buat. Nak bagi makan anak monyet tadi pun, dia dah lari. Ciss, monyet punye monyet!! Abang polis ade la gk cube tolong, ofer nk panggil pomen kat genting, tp Pak Uda and Mummy xmau, selebihnye dioarang tengok2....so, sy called kezen nk mintak tolong.tu pun call slepas 1jam kat sane, kasi enjin sejuk dulu...my kezen datang dari jauh ke mari...Pak Uda cube adjust sikit2, n kereta leh dihidupkan...so, dengan ragu2 garu2 ktorang turun bukit balik ke Ulu Yam, kezen otw datang, ktorang janji jumpe kat sekian2 tempat...bimbang gak dengan keadaan krete yg brmasalah, tatapi...life must go on, uhu

What the hell?

Sementara tunggu, a group of Chinese pomen from Genting Higlands brenti dan tanye masalah ktorang, tp Pak Uda and mummy tolak ngan baik. Then, kezen pun tiba, tiba ngan buah durian lagi.

Durian-Man
 Then, ade trak towing datang brenti lak, a Malay man came out introducing himself, tanye ape2 yg leh dia tolong...Pak Uda and mummy tolak ngan baek juge...lepas tu, dalam usaha mencari bengkel kereta yg trdekat, that guy informed us...dia gtau dia ade kenal sorang pomen kete yg jujur di sini...dia trus gtau jalan nak ke sane...and what I can say, he also an honest guy, making good deed without asking for something...alhamdulillah, along the journey, we met good people helping us when we were in need.

Sedang bincang2, dgn sape??rahsia

Aksi semasa di bengkel kereta : xde aksi, makan buah je, uhu~

Real buah cempedak/nangka di luar pagar, brsame manggis n durian


Sad to say, kereta x dapat dibaiki sepenuhnye hari ni...ambik masa 2 hari gak nak repair sampai ok... Pak Uda and mummy x dapat stay sini lagi, diaorang ade keje dan perlu keje esok...so, penyelesaiannye, saya ditinggalkan bersame2 kereta yg rosak di Rawang...and ahli rombongan lain pulang ke Kelantan dengan bas xpress malam karang. Jadi, tinggallah saya berseorangan di Rawang untuk 3hari seterusnya di rumah Kak N...

Well, perkara2 yg saya discover bila berada di Rawang selama 4 hari berturut-turut :

1. di sini rupanya Bukit Beruntung yg femes tu...untungnye bukit, kat tepi bukit ade Sg. Buaya, hehe =]

2. makanan kat sini murah & berpatutan, best sangat makan kat luar tiap kali jalan2 cari makan, x susah nak cari kedai makanan Melayu & Western, yg paling penting, HALAL ma~

Spaghetti tastes so good just like it looks

Laicikang

3. ada tempat namenye Kampung Menyuruk (jika datang dari arah Serendah/Rawang), tetibe, kampung itu bertukar jadik Kampung Menyorok (jika datang dari arah bertentangan/ Ulu Yam), keh2..mane satu ejaan yg betul neh ?? - failed signboard, huh

Bile kete dah siap & ok mokey...saya drive ke Kelantan dengan member dari Rawang guna laluan Genting Highlands. Ermmm, time naik bukit tu xde la cam mencabar sangat jalannye, tatapi...bile turun dari Genting, Masyallah...dengan kabus yang tebal, hujan lagi, jalan bengkang bengkok macam ular kena palu, curam,  tambah2 jalan tu 1st time guna, dap dup dap gak...tapi...Alhamdulillah, semua baik2 aja dan saya selamat tiba di Kelantan sudah. Yeay!

Orang baek2 yg saya jumpe sepanjang itoo :
1. kezen n wife (Kak N) ~ suke & sudi layan ktorang
2. polisi..err
3. Chinese pomen from Genting
4. Malay man yg bwk trak towing ~ maklumat kamu amat membantu, God Blesses U Always Bro
5. Pomen yg honest, serious honest wa cakap lu
6. My preng from Qlatey, smate2 nk temani sy drive, lob u so much, sob2

Tiada kata yg mampu diucapkan, terima kasih banyak ya...hanya Tuhan yg mampu membalasnya.

Actually, time ktorang ade masalah, x sume orang saya inform, juz xnak bagi semua orang bimbang, sy amat takut ramai orang bimbang pasal kami. harap mengerti ya =]