Tuesday 30 October 2012

AKSI...DEN (accident)

Tanggal 12 Ogos 2012, bersamaan 24 Ramadhan, di pagi yang hening sebelum subuh, ...

....seperti biasa, saya memulakan rutin hari bekerja Ahad yg biasa, memandu seawal jam 5.30 pagi, sedianya selepas bersahur, memegang stereng kereta SAGA BML kesayangan dari rumah ke sekolah, yang memakan masa dua jam perjalanan pada waktu seawal itu, ramai manusia masih lagi nyenyak tido (jeles seh!)

Ketika itu hujan turun dengan amat lebat, suasana pun gelap gelita....seolah-olah seperti lebih gelap dari biasa. Sebelum menaiki kereta, saya melihat suasana sekeliling, tiba2 timbul rasa tidak sedap hati. Bukannya tidak pernah memandu dalam keadaan hujan lebat sebelum ini...tapi kenapa ada rasa sesuatu dalam hati...namun, saya biarkan saja, mungkin keberatan mau tinggalkan rumah yang amat selesa.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu - Rantau Panjang (20 minit pada pagi2 biasa) , saya memandu 50-70km sejam, kerana keadaan amat gelap dan hujan sangat lebat. Nasib baik ada lori barang di hadapan semasa melalui jalan2 tersebut, jadi, ia amat membantu saya memandu dengan keadaan tersebut...namun, hati saya masih lagi tidak keruan, ntah apa yang tidak kena...

Saya tiba agak lewat di Jeli (kebiasaanya mengambil tempoh sejam), lari dari jadual hari2 biasa, lebih kurang lewat 30 minit, jaml 6.50 pagi baru saya tiba di Jeli...sebab saya memandu dengan perlahan pagi tu....dan hujan telah berhenti setibanya saya di sini...

...being honest, i am well-known by people around me as a female driver who loves (plus lil bit crazy of)  speeding. I once used to drive my Kelabu (Saga BML) almost 180kmperhour on a highway. On common day, my homesweet home --> school --> homesweethome journey, driving 120kmperhour is a must for me. My fastest record reaching Kota Bharu - Dabong is within 1 hour and 35 minutes (not a joke dude, i love speeding but i speed with skill, not merely pressing the fuel pedal just like thee typical stupid girl). It is easy HOW to determine a skillful driver, is the driver capable to deal with space? Please have a look whether he/she can drive through a small space or not, plus whether he/she is able to reverse and park car without hesitant or vice versa.Thank to my big sifus, ABAH and PAK UDA, they teach me a lot about driving as well as speeding  in proper way. Believing or not, my father once taught me how to speed using auto gear on the road.Daddy's girl they say me!owh3, what a brag, i love being daddy's girl.ngeeeeee

...sesampai di laluan jalan utama depan UMK (UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN), saya masih lagi memandu dengan berhemahnya, banyak kenderaan di atas jalan raya pagi tu, berderet-deret, tengok jam saya kompem akan lewat sampai di sekolah, tapi saya ingatkan diri sendiri agar tidak tergopoh gapah memandu pagi nie, kerana berasa ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. sixth sense YG diabaikan.

Ada kemalangan depan UMK rupanya, traffic bergerak perlahan, sama la saya...tiba2, kereta2 di hadapan menjadi kelam kabut, ada yang mengelak ke kiri ke kanan secara mendadak, kereta di hadapan saya break emergency...sy tekan brek sekuat mungkin, dengan jarak yg x dekat dan x jauh, sy juga cuba mengelak kereta di hadapan dengan memulas stereng kereta ke kiri...dalam masa 3 saat terakhir, kereta saya  melanggar kereta hadapan gak. Ya Allah, inilah kemalangan pertama yang saya alami sepanjang 8 tahun memegang lesen kereta...amat x keruan, kalut, kecewa, semua ada.

Ekceli.....perut agak sakit time tu,hohoho.... turun2 kete tgok bahagian depan....okeh!kemek suda.....so, try stat enjin balek, alhamdulillah, bleh jalan......then, mintak number kakak driver kete yg sy langgar, miskall her, asking her to see me at the nearest fuel station....to do something more important.tehehe



Masa berhenti di stesen minyak, saya termenung kat luar kereta, ambik gambar n then pikey macam mane nk settle masalah nie...........minggu depan raya weh!!!!!!!!!!!!!!! x sampai lima minit, sebuah kete Honda Jazz tiba, upe2nye rakan sekerja saya.dia lagi lewat.hikhik.so, saya tumpang dia pegi skolah.....call mak n adik about my condition.....leaving my BML SAGA kelabu yg terchenta lg kemek di stesen minyak. kalut la gak duk contact2 ngan kakak driver, orang insurans, mak, adik, abah......balek skolah, tumpang cegu tu plak, amik kete, bawak balek umah dengan kelajuan plg tinggi, 80km sejam, sambil diikuti oleh Honda Jazz, makaseh cekgu kerana sudi tolong. Sampai KB, terus pegi Balai Polis, wat report yg mana settle kul 8.00 malam, dah x pikey sangat nk berbukak ngan ape. Nasib............

BUT I HAVE MORE INTERESTING STORY TO SHARE =] 
KERANA
DALAM MUSIBAH, ADA RAHMATNYA

No comments:

Post a Comment