Friday 30 December 2011

Kembali ke Tempat Bermain Zaman Keriangan

Musim Tengkujuh masih lg belum reda, memang dalam berita pun duk habaq pantai kat Qlatey teruk kena hakis. My mummy ajak pegi jenjalan ke Bachok, nak tengok keadaan sebenar mcm mane. Ntah ye, tibe2 singgah kat kampung di mana saya membesar zaman kanak2 dulu, ada la tujuh tahun menetap di sane. Kampung ni di tepi pantai, sebelah ngan Pantai Irama. Singgah la plak time musim tengkujuh, lagilah banyak nostalgia.

Drive kete masuk dalam kampung, jalan masih macam dulu, x berturap, harapkan jalan batu kerikil yg memang berlopak and becak di sane sini time musim hujan. kitaorang singgah rumah jiran yang amat baek ngan mummy, walaupun hidup kasi pagi makan pagi, sedia menolong family kitaorang time ada masalah. Tapi skang, asewnye family makcik ni dah bertambah baek kot, sume anak2 dia dah besar. Rupa-rupanya dia xde di rumah, ke daerah lain dengan suami. Siape ye jejaka muda yang duduk di rumah itoo???Kuang3

Ada nama budak ni, yg saya ingat kawan2 panggil dia MatMie, feveret dia time kecik2, berbogel keliling kampung sambil gelek basikal (sebelum masuk darjah satu)...dia penah amik pinjam basikal kitaorang gak wat keliling kampung (tp pulangkan balek)...dia ialah "kekasih gelap" yang digosipkan dengan adik perempuan saya...cukup la sebut name mamat ni, memang my sis akan nangis guling2, xnak "dijodohkan" dengan MatMie...wahaha...skang MatMie dah besar panjang (suda x berbogel lagi), dia la yang ada kat umah tu tadi.

Saya terjumpa kaki buli zaman kanak2, saya dan adik lelaki saya la yg teruk kena buli ngan dua orang ni,  mereka ialah pasangan adik-beradik lelaki...memang kaki buli x hengat la...ape yang memburukkan keadaan, mak dia ikut cakap anak2, x pernah percaya kat orang kampung yang anak dia nakal amat...tu cerita lama...yang saya terserempak hanyalah si adik, duk mesin rumput kat tepi jalan, saya hanya melihat dia dari dalam kereta, parut di muka dia saya masih ingat...abangnye x ade...dengar cerita he becomes worse and worse...tp, manusia boleh berubah...suddenly, i remember their beautiful lil sister, where is she now?? saya harap dia baik2 sahaja.

Sebelum drive keluar dari kampung, tibe2 ternampak seorang kakak yang amat familiar mukanye, sedang berborak di tangga sebuah rumah. Is she my......?? Mummy suruh saya hentikan kereta kat depan rumah tu...saya pun keluar gak...saya rasa saya kenal kakak tu. Mummy bagi salam, dia terpinga2 tengok kitaorang dua beranak, kami senyum je. Mummy kenalkan nama, saya pun...dia masih x ingat. Mummy pun bukak cerita "Ani pernah mengasuh anak2 KakRos dulu". Ya, kakak tu ialah pengasuh kami adik-beradik, masa tu dia amat muda. Kami amat rapat dengan dia. Tapi, dia dah x brape ingat pasal family saya. Kenapa??? Kemudian, Kak Ani pun berkata sesuatu, "Owh, betul la, saya penah jadik pengasuh jap, keluarga penah beritahu." "Maaf la, Kak Ani x brape nak ingat, Kak Ani penah xcident." Patut la, Kak Ani yang saya kenal dulu amat gile2, becok dan hepi-g0-lucky...dia suka layan karenah kitaorang adik-beradik yang macam2 perangai ni. Saya pun penah ikut Kak Ani pegi dating kat Pantai Irama, ktorang pegi sane jalan kaki ikut pantai, balek naik bas...huhu...Skang, Kak Ani nampak lain, dia biasa2 aje, x kecoh macam dulu tapi masih peramah. Saya dapat lihat, dari tudung yang dia pakai, sebahagian tempurung kepalanya tiada, kesan xcident barangkali. Kasihan Kak Ani, saya harap dia bertambah pulih. Nanti ada masa, ktorang akan melawat dia lagi.

Saya lalu kat sebuah rumah, kat rumah ni ade seorang nenek yang amat kedekut dan suke membebel lagi mencarut...hatta lalu depan rumah dia pun dia x bagi, my frenz and i pernah troll nenek ni secara x sengaja, ktorang main kejar2 sampai masuk kawasan jajahan rumah dia, alih2 kami kena kejar ngan penyapu and kena sembur ngan air ngan nenek tu...juz for fun, bile ingat balik, baik ke aa wat gitu??? Skang nenek tu dah xde, al-fatihah...

Ada satu pokok, kat pokok ni, ktorang men buaian ikut giliran,  dah makin mereput nampaknye...kat pokok ni lah, sambil men buaian, ktorang petik makan buah dia time musim berbuah...kat sini jugelah kami men guli (I was good at this), kat bawah pokok ni jugalah kami rehat2 lepas abis men polis sentri, and mcm2 permainan lagi lah, yang saya sendiri sudah x brape ingat nak sebut. Buat free show menyanyi dangdut pun penah, of coz la ktorang cari port yang aman damai, xde orang nak kacau (girl only), time tu dangdut dan CT NurHaliza amat femes, wawawa....x malu, hehe...well, ade member saya, name dia Kiah, amat comel, dia amat pandai gelek dangdut, dia paling pro antara semua, di mana ya semua??

Berjalan-jalan ke pantai  beramai2 itu satu kemestian. Musim tengkujuh pun ktorang pegi gak, ombak besar kami x takut, bukan nak mandi pun. Dulu, kat pantai ni lah, kami penah tengok orang wat drama tv, tgok set penggambaran secara live, tgok pelakon duk practise dialog, tp kitaorang xde lak kemahuan nak kacau, tgok dari jauh dengan kagumnye. Kat pantai jugelah, kami penah terjumpa penyu mati/mendarat, kami tengok  penyu tu dengan peliknye tapi kagum, penyu okey, bukan kura2, kura2 amat senang ditemui di sungai kampung tu. Penah ada kapal besar (bukan kapal tgkp ikan, kapal ape x ingat) ter-labuh kat pesisir pantai, ntah macam mane tersadai kat tepi pantai, dekat 2hari gak x silap, x pasal2 operasi menunda kapal tu ke laut dijalankan, siap pasang lagu patriotik lagi, cubaan pertama gagal, ntah brape kali percubaan baru berjaya, kami si budak2 kampung melihat dengan kagumnye. Kitaorang x sebut OMG je, kalo dah tau ayat tu, mesti slalu sebut, kiki

Kampung ni tiada ape2 pun...tp, ape yang saya paling ingat adalah kenangan membesar, bermain bersama-sama rakan sekampung...they taught me how to have fun, no fear, and be independent. It tremendously affects my life until nowadays. Terlalu banyak pengalaman manis, x semua dapat diceritakan, pahit pun ade, tp, ade aku kesah??hehe...0oo, sweetchild-hood of mine
By the way, kami singgah gak kat Pantai Irama, ni gambar yang saya sempat tangkap, cekidap2 :

Kuda ku lari gagah berani.....wohhoop

Merah putih pun orang lalu gak, x kesah

Ramai seperti hari2 biasa

Operasi mencari remis, banyak seh!!!rugi x bwk bekas

Well, kamu bleh nilai sendirik keadaannye, for sure, pejalan kaki dah xde, runtuh hanyut dek ombak. Hmm, siapa sangka suatu hari nanti Pantai Irama akan terkena macam PCB gak.

Tuesday 27 December 2011

Cikgu ohh Cikgu, Bukan Sekadar Mengajar

 Ntah minah mane yg p0st mende cenggini???


Sape kate keje cegu rilek?? Memang la tugas hakiki cegu mengajar...tp, nak x nak, kena buat lg keje selain dari mengajar. Kalo cakap kitaorang mengajar je, kamu salah...amat salah. Nak mengajar pun, kena prepare bahan dulu tau, nak prepare tu, kena wat byk rujukan dulu. Lepas ngajar, kena wat refleksi lak, berkesan ke x. Itu kalo bab mengajar je la. Tue blom lg part nek gilo ngan bebudak, time to time, kena asah skill psycho sebelum kena psycho ngan bebudak. Budak2 ialah sekumpulan manusia kecil yang suka buat sekumpulan manusia besar naik angin. Bila selalu nek angin, risiko penyakit serius seperti sakit jantung, darah tinggi, gila babi dan lain-lain yg sy xnak sebut, akan senang dihidapi oleh manusia yg selalu nek angin. 0h my!

Ini adalah senarai tugas x brape nak rasmi yg sy sendiri perlu dilakukan, klik nak tengok lg besar :


.
Benda2 ni x termasuk lg program2 anjuran skolah, PPD dan JPN, x termasuk lg kem2/jambori2/kursus2 len.
Sape2 yg nak jdik cegu, sila pikey banyak kali k. Kalo x kuat semangat, xpayah...kalo x multi-talented, xpayah. Kemungkinan kamu akan berakhir jadik macam Cegu dalam citer P.Ramlee, Cegu Tido, hari2 cegu tido.

So, stop jeles kt ktorang kate ktorang keje rilek, banyak cuti la. OK, memang banyak cuti, tapi masih ade keje berkaitan skolah kena pikirkan, sumenye tentang persedian. Time cuti skolah la ade cegu kena bwk rombongan murid, kena jage exam, kena marking paper, kena prepare kertas keje and so on. Cegu memang kompem keje (walaupun trdedah dgn risiko posting lambat), itu adalah pilihan & kelebihan menjadik seorang guru. Kitaorang memilih utk bekerja sebagai guru bukan utk menganggur. So what?? Sape nak menganggur??? Sila angkat kaki dow! 

By the way isu mahasiswa ismp tuntut hak posting amat menyedihkan saya. Ini Tidak Adil !!!!

This is my part, i duno about others (tutup mata). Peace (no offense at all). Taknak hargai pun, stop kutuking k. Memuliakan cegu itu amat besar pahalanye, dapat berkat hidup lagi. To my students, dont be noti, nanti saya bukak silat cekak pinggang saya. Awas!

Monday 26 December 2011

Xcess Bookstore, Murah Giler Buku



Lokasi : ArmCorp Mall, Petaling Jaya

................................................................................................................................
If you are looking for cheap books for richer mind, do come here. Mcm2 kategori ade; arkitek, masak2, art, history, craft (my feveret), story book and so on. You can get them for lower price (giler2 murah).

I am white, i love reading. I am punk, i love reading too

Kedai buku ni xde la besar sangat, tapi amat berbaloi kalo sape2 yg suka baca macam2 jenis buku. Tapi, diberitahu/diingatkan bahawa sume buku dalam Bahasa Inggeris (tu la xnak amik Inglish Edukesen, wahaha, wekkss!)
Banyak pilihan untuk buku cerita kanak2, buku kanak2 x semestinya sekadar cerita sahaja, ada aktiviti gak tau. Kompem if I got children, I would bring them here, owh3, sukenye berangan.

Buku yg berkotak2, berbukit2
................................................................................................................................

Ada buku2 yg beharga kurang daripada RM 10.00 (less than 10ringgit) dan buku2 dari bahagian "bargain corner".

Tatapi, ade gak buku2 with "normal price", most of the books are novels which are written by famous writers.


X caye tentang harganye??? I show u mine :

Tengok2

You can visit their website, cekidap2 www.bookxcess.com

By the way, lepas masuk kedai buku ni, sy mula jenjalan mengabihkan masa, and then aksidenli saya terjumpa satu kedai kecil kat area Food Court, dalam kedai ni, banyak majalah antarabangsa (of coz in English) yg dijual lagi murah berbanding harga pasaran, tapi agak "backdated" la, I am not sure whether they sell latest magazine with cheaper price too, duno.

Lepas shopping buku, kita minum dulu !!!

I 'heart" Starbuck, but excluding this 0ne

 Err...... no comment =|

Sunday 25 December 2011

When We Were In Need ~ Rawang

School holiday almost c0mes to the end..Merry Christmas for those who celebrates it.enjoy!!!!!

Well, citer yg saya nk gtau ni berlaku slepas r0mbongan menghantar my lil bro ke Politeknik Ungku 0mar di Ipoh. Lepas antar mamat it0o, rombongan menghantar 2org lil sis yg study kat UPM Serdang lak, tapi antar diaorang kat Stesen KTMB Rawang je la, lepas tu diaorang pandai2 balik sendirik ke sane. Ahli rombongan yang masih ada berkampung di Rawang malam tu, kat sane ade umah kezen saya, the couple baru je pindah sane dalam 3bulan lebih. My family always staying at their house when arriving KL. Planning nak balek Qlatey keesokkan paginye.

Pagi tu, kitaorang bertolak agak lewat la, 10 minit nak pukul 11pg, padahal enjin krete dah dipanaskan dekat 30minit gak, sebabnye ahli rombongan termasuk Pak Uda tunggu citer Astro Boy abis, termasuklah saya, keh2... of c0z mummy saya nak gerak on time. tapi majoriti "memberontak" tengok citer HBO Movie tu sampai habis.kehkeh

Dari peta kat bawah ni, dalam masa 45 minit, perjalanan kami bermula dari Antara Gapi > Batang Kali/ Ulu Yam > Genting Higlands > Genting Sepah/ Highway Karak, dan seterusnya...



Time nak gerak tu, cam biase, salam2, say bye2 to Kak N (the wife). Kami mulakan perjalanan tanpa apa2 feeling, rasa selamat and so on. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan yg baru, udara yg nyaman, jumpa kampung orang asli (Kampung Songkok), gerai buah durian (dan juge petai), monyet2 liar (banyak group o0) sebelum sampai ke Genting Higlands. Memang excited tengok monyet2 duk lepak tepi jalan, cutenyeee diaekor...!!! mummy pun ade niat nk singgah beli durian nanti.

Sampainye kat satu kawasan, betul2 depan Pondok Polis Genting Higlands, kami nampak ada la sekor anak monyet yg sangat cute duk bertenggek kat tepi jalan. Ape lg, yg muda2 dalam kereta mintak Pak Uda berhentikan kereta nak bagi makan kt anak monyet tu. Tibe2 kereta berhenti...Pak Uda berhentikan keretakah??? Betul ke kitaorang dapat peluang nak beri makan monyet tu skang?? di depan pondok polis?? di tengah2 jalan?? Bolehkah kitaorang kluar kete nak bagi monyet tu makan?? skang?? bolehkah??

Cuci2 mata

Pak Uda cuba hidupkan kete lg skali, saspen dah hilang...masuk cubaan kali ke3, kompem kete dah x hidup, x dapat nak dihidupkan. So, memang xde mende lah leh buat. Nak bagi makan anak monyet tadi pun, dia dah lari. Ciss, monyet punye monyet!! Abang polis ade la gk cube tolong, ofer nk panggil pomen kat genting, tp Pak Uda and Mummy xmau, selebihnye dioarang tengok2....so, sy called kezen nk mintak tolong.tu pun call slepas 1jam kat sane, kasi enjin sejuk dulu...my kezen datang dari jauh ke mari...Pak Uda cube adjust sikit2, n kereta leh dihidupkan...so, dengan ragu2 garu2 ktorang turun bukit balik ke Ulu Yam, kezen otw datang, ktorang janji jumpe kat sekian2 tempat...bimbang gak dengan keadaan krete yg brmasalah, tatapi...life must go on, uhu

What the hell?

Sementara tunggu, a group of Chinese pomen from Genting Higlands brenti dan tanye masalah ktorang, tp Pak Uda and mummy tolak ngan baik. Then, kezen pun tiba, tiba ngan buah durian lagi.

Durian-Man
 Then, ade trak towing datang brenti lak, a Malay man came out introducing himself, tanye ape2 yg leh dia tolong...Pak Uda and mummy tolak ngan baek juge...lepas tu, dalam usaha mencari bengkel kereta yg trdekat, that guy informed us...dia gtau dia ade kenal sorang pomen kete yg jujur di sini...dia trus gtau jalan nak ke sane...and what I can say, he also an honest guy, making good deed without asking for something...alhamdulillah, along the journey, we met good people helping us when we were in need.

Sedang bincang2, dgn sape??rahsia

Aksi semasa di bengkel kereta : xde aksi, makan buah je, uhu~

Real buah cempedak/nangka di luar pagar, brsame manggis n durian


Sad to say, kereta x dapat dibaiki sepenuhnye hari ni...ambik masa 2 hari gak nak repair sampai ok... Pak Uda and mummy x dapat stay sini lagi, diaorang ade keje dan perlu keje esok...so, penyelesaiannye, saya ditinggalkan bersame2 kereta yg rosak di Rawang...and ahli rombongan lain pulang ke Kelantan dengan bas xpress malam karang. Jadi, tinggallah saya berseorangan di Rawang untuk 3hari seterusnya di rumah Kak N...

Well, perkara2 yg saya discover bila berada di Rawang selama 4 hari berturut-turut :

1. di sini rupanya Bukit Beruntung yg femes tu...untungnye bukit, kat tepi bukit ade Sg. Buaya, hehe =]

2. makanan kat sini murah & berpatutan, best sangat makan kat luar tiap kali jalan2 cari makan, x susah nak cari kedai makanan Melayu & Western, yg paling penting, HALAL ma~

Spaghetti tastes so good just like it looks

Laicikang

3. ada tempat namenye Kampung Menyuruk (jika datang dari arah Serendah/Rawang), tetibe, kampung itu bertukar jadik Kampung Menyorok (jika datang dari arah bertentangan/ Ulu Yam), keh2..mane satu ejaan yg betul neh ?? - failed signboard, huh

Bile kete dah siap & ok mokey...saya drive ke Kelantan dengan member dari Rawang guna laluan Genting Highlands. Ermmm, time naik bukit tu xde la cam mencabar sangat jalannye, tatapi...bile turun dari Genting, Masyallah...dengan kabus yang tebal, hujan lagi, jalan bengkang bengkok macam ular kena palu, curam,  tambah2 jalan tu 1st time guna, dap dup dap gak...tapi...Alhamdulillah, semua baik2 aja dan saya selamat tiba di Kelantan sudah. Yeay!

Orang baek2 yg saya jumpe sepanjang itoo :
1. kezen n wife (Kak N) ~ suke & sudi layan ktorang
2. polisi..err
3. Chinese pomen from Genting
4. Malay man yg bwk trak towing ~ maklumat kamu amat membantu, God Blesses U Always Bro
5. Pomen yg honest, serious honest wa cakap lu
6. My preng from Qlatey, smate2 nk temani sy drive, lob u so much, sob2

Tiada kata yg mampu diucapkan, terima kasih banyak ya...hanya Tuhan yg mampu membalasnya.

Actually, time ktorang ade masalah, x sume orang saya inform, juz xnak bagi semua orang bimbang, sy amat takut ramai orang bimbang pasal kami. harap mengerti ya =]


Saturday 17 December 2011

English is a Crazy Language

I found this dear :


Yes, I am absolutely agree with it. Hence, we have to admit that English is a crazy language.You know, sometime we teach certain rules of grammar to the class, but somehow and somewhere we probably will find something that does not fit into the rules given at all. 

I provide you the situation :

T : Ok class, after "to", the verb should be in base form. 
    No need to put "s", "ed" or "ing".
    For the example, "I want to see you soon."
    Do you understand?
S : Yes teacher!
T : Good!

As a language teacher, our brain has been automatically set up to analyze each word in every sentence found.

After an incident of being-exposed-to-too-many-reading-materials :

......."I am looking forward to seeing you soon."

Oh my God, did I teach wrong matter to my students? In this sentence, I realize that after "to", there is "ing" attached to the verb. Why should this happen? Do the sentence have mistake and need correction? Do I miss any information? Arghhh, I already lose my mind !!

Well dear, this is the down-to-earth explanation from me :

Grammar Rule 0011 : after "to", the verb should be in base form. No need to put "s", "ed" or "ing".
For the example, "I want to see you soon." 

Apart from that,
Grammar Rule 0111 : we use gerund (verb + ing) after phrasal verb like "get used to" and "look forward to"
For the example, "I am looking forward to seeing you soon."

Can you see my point? There will always exceptional and additional information in dealing with sentence structure. Furthermore, there is no fix rule to be obeyed all the time. We have to bear in mind that not everything would follow the rules stated, sounds like the black sheep of the family suddenly come out to make us confused. Sometimes, there is no right or wrong answer, it is all about the language style.

English Teacher always be wiser than others in language field, but it does not mean that we do not make mistakes. As a human being, we do make mistakes and cannot avoid ourselves from making mistakes. Indeed, we should learn from those faults and collect valuable experience as much as possible throughout the process of strengthening ourselves. Me too, I also might make mistakes that I merely do not realize, do correct me then. Peace no war.

Friday 16 December 2011

Perlukah Menanti















Perlukah menanti
Mengapa tidak berserah pada takdir
Perlukah menanti
Adakah benar dia yang dinanti
Perlukah menanti
Seolah-olah tiada lagi akan mendampingi
Perlukah menanti
Seakan-akan tiada rasa lagi akan wujud
Perlukah menanti
Seperti hati tidak akan pernah terluka
Perlukah menanti
Perjanjian yang tidak ada pasti

Jika penantian ini kebahagiaan
Nikmatilah ia selagi ada masa
Selagi ada daya
Percaya
Setia 
Rasa
Moga dipermudahkanlah
Ditetapkanlah hati
Apa jua hasilnya nanti
Tiada penyesalan
Hanya yang terbaik untuk dia dan kamu
Itulah hasrat dari hati milik dia dan kamu

Fakta PCB

PCB, Pantai Cahaya Bulan di Kelantan...

Ape kena ngan mata Mr Crab yang pepagi lagi crabwalk di PCB?

Dedulu, namenye Pantai Cinta Berahi, PCB juge..woho0p~

masa kecik2, penah jenjalan ngan family pegi resort ni, nostalgianye

Tapi, pantainye masih tidak brubah..............................................................sangat. Sekian =]

Thursday 15 December 2011

Fakta Kuih Tahi Itik

Do you know..kuih TAHI ITIK yang femes itu, name indahnya kuih PUTIH MUTIARA.

Tahi Itik alias Putih Mutiara, nyum2


Tapi, rasenye masih same.

Hee~

Friday 9 December 2011

Saturday Shopping

Hari ni hari Sabtu, hoyeeee...cuti lagi, lambat lagi nak bukak skolah, so banyak lagi la duit kena prabiskan time cuti skolah, hoye hoye...

At 12 o'clock, I went outing looking for sumthing. Cari makan dulu, lepas tu baru menuju kat 1 Mall cari barang. Saya dah stat mula guna produk Neutrogena. Tetibe guna produk ni sebab ada member pernah syorkan brand Neutrogena for skin problem. Apa salahnye mencuba. I have oily face, already fade up with my previous beauty product, had to depend on it all the time to get not-s0-satisfaying result. In addition, I worried that product would thin my skin. So scared, need to switch to another product that does not give too much negative side effects as so0n as possible.

Cube dulu slame 2minggu, and I can see the difference. Jdik, bleh la teruskan dengan 1 set yang lengkap. Al-kisahnya, masa jenjalan panjang, kaki pun langkah panjang gak lah. Masuk satu kedai Personal Care X ni, nak cari produk neutrogena, macam biasa, nak dekat hujung tahun, banyak la promosi, bernasib baik sebab promosi potongan harga gile2 dah mula. Masuk kedai X, tengok harga  produk ni sekian-sekian, ada la satu produk ni, RM37.88 sebelum diskaun. Lepas tu, tergerak hati nak masuk kedai Personal Care Y lak, agak jauh gak la kena jalan, tapi kes nak ngabihkan masa punye pasal, jalan ajew. Terus pegi kat shelf neutrogena kedai Y, lihat produk yang same dari kedai X, harganya RM59.8*8*. Jauh gile beza harga, lebih RM12 gak, PERGHH!! Memang la ada promosi, tapi lepas promosi pun harga produk di kedai Y masih tinggi lagi compared to di Kedai X.

Alah membeli, menang memakai, harap2 ok la nanti
Lepas ni, memang kena slalu beringat, rajin2lah survey harga produk kat kedai2 yang berlainan. Memang kalo ikutkan, semua kedai mengaku harga kedai diorang paling berpatutan, we as a consumer, should be careful a lot. Yang saya survey tu hanyalah produk2 neutrogena sahaje, x pasan la plak tentang produk2 jenama len. Mungkin ada sana murah, sini mahal ataupun sini murah, sana mahal. Pengajarannya, rajin2 lah survey harga barang ye, in order to be a wise consumer (',~)


Lepas bayar, leh lagi redeem point, suke2

Pengajaran lagi satu, nak kuar shopping setiap hari sabtu, kena slalu ingatkan diri sendirik, sila bawak beg plastik sendirik, nak isi barang abis membayar karang, nanti kena cas 20sen utk beg plastik, woho0~

Thursday 8 December 2011

Tempat Cari Makan : epis0d 3 yang akhir

Saya sudah pulang dari Dabong, dan selamat sampai ke home-sweet-h0me already ^-^

Nak sambung cite lak ...dari Tempat Cari Makan : Epis0d 2

Sesampainya di sane, salah pergi masuk kwsn klinik, c0z ingat kwsn sekolah... lepas tu pusing2 lagi, masuk kawasan pekan Dabong, wat can i say... tempat ni macam kawasan perumahan @ perkampungan kecil, ada kedai runcit, ada pasar, ada padang, ada masjid ada itu ini, dan yang paling utama, ada stesen kereta api, for your information, train express antarabangsa dari Singapura - Thailand pun brenti singgah kat sini tau! Tapi xde bank, uhu, tapi ada atm, aha!

Then, pusing2 lagi tempat ni, terlajak la plak ke Sekolah Rendah Dabong. Iye la kan, duk bajet skolah cam lame tu skolah rendah, kawasan pun x brape luas, pintu gerbang ada, tapi cam xde...Pergghhh, bangunan skolah rendah lagi mantap dari skolah menengah, x paham akuh !!! ape kes... awal2 lagi dah x puas hati.

Muka dinding pagar sekolah

Neway, for the first time, saya dan rombongan dari New Castle menjejakkan kaki ke sini... sampai je, memang dah ada beberapa orang guru menyambut kedatangan di pondok pakguard... aha! (sbenarnya diaorang lepak kat situ je, ehe... ) Then, terus saya cari pejabat nak lapor diri di sekolah. Pengetua xde kat sekolah, so, ape2 hal, Cegu Pa yg urus buat masa ni. Rombongan saya masuk dalam pejabat, then saya sorang masuk dalam bilik jupe PKP bincang serba sedikit.

Sedang saya dalam bilik, ada la bakal housemate masuk dalam pejabat nak "say hi" kepada housemate barunya. Tapi, my future housemate xtau yang mana satu bakal cegu itoo... dengan 3 beradik perempuan yang nampak agak sebaya, namun dengan ketinggian yang berbeda (saya paling "shumel" even saya paling tuer, ngehehe)... memang xtau mane satu cegu baru skolah tu. Tanpa banyak soal, my-future-housemate salam sambil tersenyum manis ngan adik perempuan saya paling bongsu ( ya la, pakai baju kurung lagi havoc berbanding kakaknye)... diaorang sengih je, salah orang daaaa, awak2, tice baru duk diskas dalam bilik PKP lagilah. hehehe... cian dier, xpe, ti saya blanje air "teh beng" tepi stesen ketapi, our feveret, kiki

Lepas abis diskas, PKP berseloroh ngan rombongan saya "Oloh2, rama nyo hok mari nganta" Bahasa Malaysia mari ---> "Waduh2@Ewah2, ramainya orang yang ikut sekali"... Mummy saya ni menjawab dengan teramat confidentnye "Holas, kalu x molek gak, nok ejah  tukar kelik Koto Bharu laluh, hehe" Bahasa Malaysia mari ---> "Iye la, kalau x selesa, nanti nak adjust tukar posting balik Kota Bharu terus, hehe"
Saya rasa dengan jawapan yang sbenarnya lawak kering mummy macam tu la, ad yang ingat saya punya kabel yang amat besar, ada gak rakan sekerja yang ingat mummy saya tu PKP gak, padahal mummy guru kanan je, hoho... style punye pasal, no wonder lew (~.~)

Lepas jumpe PKP, rombongan pegi makan tengah hari kat luar sekolah... singgah di kedai makan yang ade beruk bernama "Jali", amat gile s***s, kucing pun kena bantai, kesian sungguh kucing itu, isk3... abis makan, terus pegi masuk kawasan skolah balik, melawat rumah yang bakal saya duduki.

Sebelum saya ditinggalkan, sbelum rombongan menghantar pulang, saya mendapat nasihat dari orang tua, kalu nak balik, naik ketapi je, dekat sangat skolah ngan stesen keretapi, 3 minit pun dah bleh sampai.

So, untuk sebulan setengah yang pertama, memang saya balik tiap2 minggu, saya balik naik keretapi je, tiket RM4.80 dari Dabong-Wakaf Bharu, jimat kan...amik masa dekat 3jam gak nak sampai, agak lame kan, hehe...

Seterusnya, bermulalah perjalanan hidup saya sebagai seorang pendidik di Dabong...sehingga hari ini. Memang la tempat ni jauh, tapi masih ada tempat yang lagi jauh... memang la tempat ni x moden, tapi ada lagi tempat yang  kemudahannya kurang sempurna... jauh di sudut hati, saya bersyukur. Bak kata pepatah, kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau jua. Dari mencipta seribu alasan untuk memundurkan diri, lebih baik mencari peluang menyelesaikan masalah dalam serba kekurangan. Dunia x pernah membosankan, kita yang memberi peluang kepada diri untuk menjadi bosan. Sekian untuk kali ini.

Tuesday 6 December 2011

Cutey'' animaL ph0to

Rilek2 jap... cuci2 mata tg0k gambar c0mey2
Cute animal pictures, t0uching 0nes... bleh tgok banyak lagi kat sini, incredible-photos-of-animals-from-2011
Saya hanya mahu k0ngsi gambar2 yang kat bawah ni...

1. Cimpanzee muda ialah calon pengasuh yang baik lagi penyayang


2. Baby panda yang banyak, kebanyakan baby panda  umur x panjang, inikan pula nak letak sederet baby panda ramai2 kat satu tempat.


3. Bintang seterusnya...


Senyum, x perlu kata apa2, senyum...

4. opposum

Eh eh...agak nak same la "opossum" atas ni dengan "guinea-pig" yang dalam citer Bedtime Story, ade rupenye geng cr0ss-eye neh.

Bugsy in Bedtime Story 2008, starring Adam S

Lupe, kucing Nenda pun ade yang serupa gak...x caye ??? see...


5. Kucing x penah x cumiL


Want to see more pics?? do visit cute-animal-2010 then


Enaf ................................................................................................................................. End

Monday 5 December 2011

Tempat Cari Makan : epis0d 2

0n 2nd day at Dabo0m...sambungan Tempat Cari Makan: epis0d 1

Orang mula2 yang saya call lepas kluar dari pejabat JPN ialah mummy (yang sbenarnye saya panggil 'ma')... dengan nada agak sayu saya beritahu dia "Ma, oghe leh p0sting kat Dabong...", dan reaksi mummy saya ...........................
" Hahahahahahaha......................jauhny0 ". Lepas tu dia sambung ketawa lagi. Owh, nape la mummy saya bukan macam mummy orang len... ingat suruh bersabar ke, suruh redha ke, suruh kuatkan semangat ke, jauh sekali nak membayangkan dia menitiskan air mata, wekksss.....
Abis ketawa, baru la mummy tanye "Bilo kena g skoloh??"

Lepas tu saya mula bgtau Nenda yang x sabar2 nak tau saya p0sting kat mane, and then saya gtau Mr DJ, my best frenz, sterusnye bestie len... Nasihat Nenda (yang saya panggil 'mek')... "baguh doh tu, mujo buleh posting Qlatey jah, oghe lain blom tentu buleh kelik kampung..." Sbel0m pulang ke rumah, saya singgah kat Sekolah Menengah Zainab 1 jap, (pernah la jdik guru ganti plus minus 2 months here)...jumpe cegu2 senior yang saya panggil kakak semuanya, bertanye khabar & paid them a visit. They are very nice & friendly people, berdedikasi & saling membantu...for sure, bestlah !!!!. I wish that I will get co-w0rkers just like them. rase amat dialu2kan di sane walaupun skejap je ngajar kat skolah tu. Sampai rumah, saya terus google, 'Dabong' untuk cari maklumat. This area is not too bad at all.

Lepas tue, bermulanya agenda nak anta Tice Elly ke sekolah barunya yang terletak nun jauh di sana. Esokkan, pepagi lagi dah mula pack barang2 penting nak bawak pegi sane, x banyak mane pun, bekalan baju hanya untuk 4hari, dengan harapan dapat balik hujung minggu...rombongan menghantar Tice Elly terdiri daripada:
1.Abah
2.Mummy
3.Nenda
4.Syahmi - my adik bongsu, lil bro 2
Masterpiece Syahmi time darjah3

5.Qilah - my lil sis 2
6.Serah - my lil sis 1
7.Makcik (tapi kensel saat akhir sebab ada orang nak jumpe)

On the way tu, singgah makan brekfast, pastu brenti lak kat Petronas Jeli isi minyak ngan shopping makanan skali. Lame giler singgah sini, of c0z adik2 saya la yang paling excited, coz diaorang beli itu ini, tapi orang len yang bayarkan bagi pihak...and pihak itu bukan saya pun.huhu...neway, fuhhh, dari New Castle ke Jeli pom dah dekat 1jam 30 minit, x termasuk lagi brenti singgah kat Petronas dulu... bila la nak sampai sekolah nie...


Dari pekan Jeli, memang xtau jalan nak masuk pegi Dabong, 1st time kan lalu sini, so tanye orang nak kna ikut jalan mane... nasib baek mudah nak cari... start dari pekan Jeli, mummy & adik2 pun mula kira bilangan jambatan dari situ sampai la jambatan terakhir nak sampai skolah... cehhh, macam2 diaorang neh... Abah lak x abis2 ngan nasihat, nanti bawak keta g skolah tu, bawak lew dengan berhemah, sopan-santun, berbudi bekerti, ikut peraturan lalu lintas, blablablablabla... okeh bah... Nenda lak duk tgok kiri kanan, terkesima dengan pemandangan baru...


Tiap kali nampak sekolah je, mesti sume pakat panjangkan leher nak tgok name skolah ape, lepas satu, satu, lepas satu, satu... bila la nak sampai... sambil2 tu, mummy & adik2 masih lagi terus kira jambatan... belas2 gak rasenye... sehinggalah sampai satu tempat, kitaorang nampak cam bukit@gunung - bukan pemandangan gunung yang biasa, ia seperti satu bongkah batu yang amat besar... itu la dia Gunung Stong ( Stong <--- "stone" actually ) ...





Asew2 kepala kitaorang (kecuali Abah sebagai driver) berputar gak 360' darjah semata2 nak tengok tempat tu lame2, 1st time gak dapat tengok Air Terjun Gunung Stong dari jauh... marvelessss betul bagi kitaorang yang berasal dari hutan batu. huhuhu... mane sekolah neh x sampai2 lagi nie, air terjun dah jumpa.

Lebih kurang 10minit dari tempatnya Gunung Stong, barulah kitaorang sampai Dabong, melalui jambatan Dabong yang merentas Sungai Kopi Susu Kelantan... last jambatan adalah yang nak masuk ke bandar Dabong, betul2 lalu atas stesen kereta api Dabong... kire2 jumlah jambatan kesemuanye ada..........................?????sori, x ingat, yang pasti belas2, hehehe...paling penting you all, we all sudah selamat sampai ke Dabong, tempat cari makan saya untuk tahun2 berikutnya.

Sunday 4 December 2011

Tempat Cari Makan : epis0d 1

I am at Dab0om now!

Okeh.... 4 ur inf0rmation, I am w0rking at 0ne of the remote areas in Kelantan, Dab0om!!! ehe, Dab0ng la.
Sbel0m kna anta p0sting ke sane, saya xpenah kenal p0m dgn tempat nie, kecuali dengar2 gtu je la pasal tempat nie.....DAN, yang paling saya percaya adalah tempat ini amat terpencil. amat jauh. amat hulu. amat xde kemudahan. dan amat saya percaya tempat ini sebegitu........

Masa sedang tunggu keputusan p0sting nie, hanya dapat tahu posting negeri mana je, and then kena tunggu lagi sbelom tahu area mana kat negeri tue masa lapor diri di JPN nanti. Saya dapat tau kena p0sting kt area Kelantan secara on9... kemudian, terus hidup x menentu, asyik berteka teki dapat kat mane nati... duk bajet kena anta ke Gua Musang...or daerah sebelah Kota Bharu, coz dapat maklumat penempatan guru2 baru di kawasan hulu Kelantan sudah pun penuh. Sehari sebelum pegi JPN Kelantan untuk lapor diri, ada la s0rang member nie  duk usik "biar la mung keno anta Dabong, pegi skoloh kena naik bukit."

On my mind :::::: saya terbayang saya memakai baju kurung bunga2 & kasut tumit tinggi sambil pegang buku, n then panjat bukit terbongkok-bongkok nak sampai ke sebuah skolah di puncak sane ::::::
Neway, dengan k0mpemnye menjawab usikan member it0o "aah, mano aku kena  sano, Gu0 Muse jah kali "

Keesokkan harinya...pepagi lagi saya bertolak ke JPN slepas anta mummy & adik ke skolah, saya drift ke JPN, drift2 p0m lewat 10minit... jalan New Castle jem la katekn... hohohoho...setibenye.....masuk ke dalam pejabat, mane semua orang?? mane cegu2 baru p0sting yg len??? mane b0s JPN??? Then, suprisingly I only could see Lai, my UKM friend , she is from JOHOR but got p0sted here, in Kelantan. Hepi to see her, but I was still curious and I asked her question p0int-blank "Lai mintak p0sting Kelantan ke??" "Tak mintak la Elly, tau2 kena p0sting Kelantan..." Oh oh oh....kita senasib, kita x mintak Qlatey, tapi dapat sini....and I guessed it is because of our teaching option, TESL (Teaching English as Second Language)... as English is the scariest and deadliest killer subject in Kelantan after all (hehehe, melebih2 lak.)

For your information, saya mintak Sabah owkey, I can still remember correctly that I filled in the form and I chose Sabah & Labuan, hoping to know, discover & explore that place with bare feet, meeting Tarzan my prince charming, with long hair and wearing jaguar-printed b0xer only (wahahahahaha, imaginasi semata2)... Dengan kewujudan dua tahi lalat di tapak kaki, saya amat suka jalan2. I love traveling.

OKEH, masuk balek kat pejabat JPN, then, s0mebody a.k.a. orang besar JPN, Mr A and Mr B mintak kami masuk satu bilik... masuk bilik nie, semua orang yg terlibat berkumpul... eh eh eh, brape orang je cikgu baru p0sting??? Saya hanye dapat tengok TIGA sahaja cegu muda dalam bilik tu termasuklah saya... here, I got to know Wanie, cakap2 ngan Wanie, dia pun x mintak Qlatey, uhu... next, masuk la plak 3 orang senior... kalo tgok style cam pentadbir... Mr A & Mr B suruh senior 3 orang nie duduk kt meja bulat tu jugak...betul2 mengadap kitaorang bertiga....blablablablablablabla Mr A and Mr B bagi ceramah, amanat, nasihat, pesanan, ada lawak gak, and so on...
Tibelah masanye nak bukak surat penempatan sekolah... berdebar2 dabdubdab... jeng3...

Bukak2 je surat tue:
"....dimaklumkan bahawa tuan telah ditempatkan mengajar di SMK DABONG... KELANTAN"

0f c0z lepas dapat tau dapat SMK DABONG di Dabong, terasa cam jantung nie jatuh atas lantai, xde la plak rasa nak nangis... tapi... k0song....ingat balek usikan member semalam tue, masin ayat dia. Boleh ke saya hadapi nanti?
Dengan tersenyum lebar, Mr A mintak kitaorang kenal dan duduk dengan wakil dari sekolah masing2, upe2nye kitaorang dah pun menghadap wakil sekolah daaaa~ x rancang p0m, kebetulan...dan, of coz, sekolah saya yang paling jauh berbanding dengan dua orang lagi tue, nasib (*.*)

0keh, wakil bakal skolah saya ialah Cegu Pa,  ayat 1st yang keluar dari mulut dia, "Nak mari nge gapo gi skoloh?? Nak mari nge keto api ko?" Mata saya jadik besar amat...ketapi???? OMG, hulunye...x dapat nak bayang, nak sampai sana naik kereta api je.  "Aaaa??? kete api??"   lepas tu Cegu Pa sambung balik, " Nak mari nge keto p0m bulih, xdop masaloh."  Lega.....  Awal2 lagi dah terkena, adeh! huhuhu, tapi lega....
 Well, ambik maklumat penting ngan Cegu Pa, apa kemudahan yg ada....sume ada, rumah ada,  line telepon?? "ada", internet?? "ada", ....pastu, sbelom bersurai, Cegu Pa catat sesuatu atas kertas penempatan saya "TAHNIAH."

Friday 2 December 2011

Cute Blog

Salam..sudah masuk bulan12, and i am still doing nothing to beautify my blog.ohohoho
Well, simple blog is more than enough (LESS IS MORE guys!!) but....!!!tidak ada salahnye
kalo nk hias blog cencatik.lawa2.c0mey2.and so 0n.....

So far i d0n't have any mo0d to change the color and theme of my bl0g.
Meminjam kata2 0rang seni ---> mencari ketenangan & idea, a.k.a. idea bl0m sampai...koh3
wee~
plus kerajinan masih blom ade lg..niat dah ada tp kalo usaha xde..x ke mana juge..kn???

Here, i want to share a blog, 0r maybe a website yg truly unique that catches my eyes

Dah lame jumpe blog nie...alkisahnye jenjalan shopping dalam MALL yg bersepah2 kt KL nk beli baju-bajan yg kasual.
Dalam bebanyak kedai tu...i amat tertarik dgn satu kedai nie::::KITSCHEN
ahahahaha..i know...the name is Kitschen <-- KITCHEN (DAPUR) tapi jual pakaian.
Once i entered the clothes shop,i was really attracted to the clothes design...sooooo0ooo lawa i said.
What the bout the price????amat BERPATUTAN....bleh beli pakaian starting from RM45 (or maybe less).
Ya, harga amat penting...kalo memahal sgt pom x nak beli...x berbaloi beli pakaian mahal2 sgt kalo lepas tu p0cket leh kopak...no way me!!!kalo pakaian tu murah pom, tapi design lawa and selesa dipakai...x rugi belinye....as long as u can satisfy yourself!!!!!!!!!i say, urself,not others. Nak pakai baju-bajan p0m,kna tgok bajet gak....tiada istilah "biar papa asal bergaya" in my life....unless "biar ada 'sugar papa" asal bergaya"...ahahahaha..juz kiddin..dijauhkanlah.

Berbalik pasal blog Kitschen nie, so...baliknye ke home sweet h0me....I started to search for this brand...kot2 la leh order 0n9....google p0m mula menjalankan tugasnye dgn jayanye seperti biasa........here's the blog address, http://kitschen.com/

Hewhewhew...rupe2nye xleh nak beli Kitschen clothes secara on9...but i had found something else..THIS BLOG IS SOOOOOO CUTE!!!!
Ingat cam web lelain...link kiri kanan atas bawah sane sini..empat segi of c0z...n skrol ke bwh dan ke atas.
apa yg i jumpe adalah so unique and len dari yg len...i memang suke benda2 unik neh..c0z i p0m  dot3...ahahaha
1. tema dia cam 3D (almost real pics) gtu, brg2 di atas meja cam diari, kek, pen, pensel, a lot of small notes etc...
2. utk lihat semua kandungan yg ade, we have to scroll from left to the right and vice versa...dari kiri ke kanan ke kiri, AND...untuk mula tgok kandungan..kna klik kat "zip" yg terletak kt bwh skali, baru lah leh skroL ke kiri kanan...then, you can start viewing this blog content.

This is the print screen of the blog





This is another one




Kalo perasan la kan...nk move ke next content, kita kena "unzip" baru leh skroll dari kiri ke kanan.
So, kena bukak zip baru leh tgok kandungan yang len..silalalalalallaa~

If i am not mistaken, baju-bajan kt butik2 Kitschen Malaysia yang boleh didapati di depan mata nie lagi banyak choices compared to yang ada dalam blog nie...if u are interested, plezz do visit Facebook Kitschen Malaysia.Yes, ader!

Well, this is one of the blogs that i admire...xde la nk design sampai cmnie dengan ilmu blogging yang amat sedikit...hanya mengagumi.menghayati... So,juz wait and see how i "dec0" my blog...x pun biar cenggini je..no pr0blemo at all.