Friday 30 December 2011

Kembali ke Tempat Bermain Zaman Keriangan

Musim Tengkujuh masih lg belum reda, memang dalam berita pun duk habaq pantai kat Qlatey teruk kena hakis. My mummy ajak pegi jenjalan ke Bachok, nak tengok keadaan sebenar mcm mane. Ntah ye, tibe2 singgah kat kampung di mana saya membesar zaman kanak2 dulu, ada la tujuh tahun menetap di sane. Kampung ni di tepi pantai, sebelah ngan Pantai Irama. Singgah la plak time musim tengkujuh, lagilah banyak nostalgia.

Drive kete masuk dalam kampung, jalan masih macam dulu, x berturap, harapkan jalan batu kerikil yg memang berlopak and becak di sane sini time musim hujan. kitaorang singgah rumah jiran yang amat baek ngan mummy, walaupun hidup kasi pagi makan pagi, sedia menolong family kitaorang time ada masalah. Tapi skang, asewnye family makcik ni dah bertambah baek kot, sume anak2 dia dah besar. Rupa-rupanya dia xde di rumah, ke daerah lain dengan suami. Siape ye jejaka muda yang duduk di rumah itoo???Kuang3

Ada nama budak ni, yg saya ingat kawan2 panggil dia MatMie, feveret dia time kecik2, berbogel keliling kampung sambil gelek basikal (sebelum masuk darjah satu)...dia penah amik pinjam basikal kitaorang gak wat keliling kampung (tp pulangkan balek)...dia ialah "kekasih gelap" yang digosipkan dengan adik perempuan saya...cukup la sebut name mamat ni, memang my sis akan nangis guling2, xnak "dijodohkan" dengan MatMie...wahaha...skang MatMie dah besar panjang (suda x berbogel lagi), dia la yang ada kat umah tu tadi.

Saya terjumpa kaki buli zaman kanak2, saya dan adik lelaki saya la yg teruk kena buli ngan dua orang ni,  mereka ialah pasangan adik-beradik lelaki...memang kaki buli x hengat la...ape yang memburukkan keadaan, mak dia ikut cakap anak2, x pernah percaya kat orang kampung yang anak dia nakal amat...tu cerita lama...yang saya terserempak hanyalah si adik, duk mesin rumput kat tepi jalan, saya hanya melihat dia dari dalam kereta, parut di muka dia saya masih ingat...abangnye x ade...dengar cerita he becomes worse and worse...tp, manusia boleh berubah...suddenly, i remember their beautiful lil sister, where is she now?? saya harap dia baik2 sahaja.

Sebelum drive keluar dari kampung, tibe2 ternampak seorang kakak yang amat familiar mukanye, sedang berborak di tangga sebuah rumah. Is she my......?? Mummy suruh saya hentikan kereta kat depan rumah tu...saya pun keluar gak...saya rasa saya kenal kakak tu. Mummy bagi salam, dia terpinga2 tengok kitaorang dua beranak, kami senyum je. Mummy kenalkan nama, saya pun...dia masih x ingat. Mummy pun bukak cerita "Ani pernah mengasuh anak2 KakRos dulu". Ya, kakak tu ialah pengasuh kami adik-beradik, masa tu dia amat muda. Kami amat rapat dengan dia. Tapi, dia dah x brape ingat pasal family saya. Kenapa??? Kemudian, Kak Ani pun berkata sesuatu, "Owh, betul la, saya penah jadik pengasuh jap, keluarga penah beritahu." "Maaf la, Kak Ani x brape nak ingat, Kak Ani penah xcident." Patut la, Kak Ani yang saya kenal dulu amat gile2, becok dan hepi-g0-lucky...dia suka layan karenah kitaorang adik-beradik yang macam2 perangai ni. Saya pun penah ikut Kak Ani pegi dating kat Pantai Irama, ktorang pegi sane jalan kaki ikut pantai, balek naik bas...huhu...Skang, Kak Ani nampak lain, dia biasa2 aje, x kecoh macam dulu tapi masih peramah. Saya dapat lihat, dari tudung yang dia pakai, sebahagian tempurung kepalanya tiada, kesan xcident barangkali. Kasihan Kak Ani, saya harap dia bertambah pulih. Nanti ada masa, ktorang akan melawat dia lagi.

Saya lalu kat sebuah rumah, kat rumah ni ade seorang nenek yang amat kedekut dan suke membebel lagi mencarut...hatta lalu depan rumah dia pun dia x bagi, my frenz and i pernah troll nenek ni secara x sengaja, ktorang main kejar2 sampai masuk kawasan jajahan rumah dia, alih2 kami kena kejar ngan penyapu and kena sembur ngan air ngan nenek tu...juz for fun, bile ingat balik, baik ke aa wat gitu??? Skang nenek tu dah xde, al-fatihah...

Ada satu pokok, kat pokok ni, ktorang men buaian ikut giliran,  dah makin mereput nampaknye...kat pokok ni lah, sambil men buaian, ktorang petik makan buah dia time musim berbuah...kat sini jugelah kami men guli (I was good at this), kat bawah pokok ni jugalah kami rehat2 lepas abis men polis sentri, and mcm2 permainan lagi lah, yang saya sendiri sudah x brape ingat nak sebut. Buat free show menyanyi dangdut pun penah, of coz la ktorang cari port yang aman damai, xde orang nak kacau (girl only), time tu dangdut dan CT NurHaliza amat femes, wawawa....x malu, hehe...well, ade member saya, name dia Kiah, amat comel, dia amat pandai gelek dangdut, dia paling pro antara semua, di mana ya semua??

Berjalan-jalan ke pantai  beramai2 itu satu kemestian. Musim tengkujuh pun ktorang pegi gak, ombak besar kami x takut, bukan nak mandi pun. Dulu, kat pantai ni lah, kami penah tengok orang wat drama tv, tgok set penggambaran secara live, tgok pelakon duk practise dialog, tp kitaorang xde lak kemahuan nak kacau, tgok dari jauh dengan kagumnye. Kat pantai jugelah, kami penah terjumpa penyu mati/mendarat, kami tengok  penyu tu dengan peliknye tapi kagum, penyu okey, bukan kura2, kura2 amat senang ditemui di sungai kampung tu. Penah ada kapal besar (bukan kapal tgkp ikan, kapal ape x ingat) ter-labuh kat pesisir pantai, ntah macam mane tersadai kat tepi pantai, dekat 2hari gak x silap, x pasal2 operasi menunda kapal tu ke laut dijalankan, siap pasang lagu patriotik lagi, cubaan pertama gagal, ntah brape kali percubaan baru berjaya, kami si budak2 kampung melihat dengan kagumnye. Kitaorang x sebut OMG je, kalo dah tau ayat tu, mesti slalu sebut, kiki

Kampung ni tiada ape2 pun...tp, ape yang saya paling ingat adalah kenangan membesar, bermain bersama-sama rakan sekampung...they taught me how to have fun, no fear, and be independent. It tremendously affects my life until nowadays. Terlalu banyak pengalaman manis, x semua dapat diceritakan, pahit pun ade, tp, ade aku kesah??hehe...0oo, sweetchild-hood of mine
By the way, kami singgah gak kat Pantai Irama, ni gambar yang saya sempat tangkap, cekidap2 :

Kuda ku lari gagah berani.....wohhoop

Merah putih pun orang lalu gak, x kesah

Ramai seperti hari2 biasa

Operasi mencari remis, banyak seh!!!rugi x bwk bekas

Well, kamu bleh nilai sendirik keadaannye, for sure, pejalan kaki dah xde, runtuh hanyut dek ombak. Hmm, siapa sangka suatu hari nanti Pantai Irama akan terkena macam PCB gak.

2 comments:

  1. adek hok mno tuh nanges guling2 kna gosip????hahahaha

    ReplyDelete
  2. ehehe...tu kena rahsia, nk tau pegi tanye sendirik =]

    ReplyDelete